Isnin, 28 September 2015

Selasa, 15 September 2015

PROGRAM JU BERAMBIH BINTULU 2015

PROGRAM JU BERAMBIH BAHAGIAN BINTULU SEMPENA PROGRAM TRANSFORMASI JAIS BERPUSATKAN MASJID 2015
SURAU DARUSSYAKIRIN, KPG ASSYAKIRIN FASA 1, BINTULU

 Majlis bacaan Yassin dan Tahlil

 Ceramah agama oleh Us. Sarbini bin Dahlan, Pegawai HIKMAH Ibu Pejabat

 Kuliah Subuh oleh Us. Omar bin Ahmad, Penyelia KAFA Bahagian Sibu

 Minum pagi

 Ceramah Kesedaran Halal

 Pertandingan Mewarna Kilauan Emas 

 Pemeriksaan Kesihatan

 Pameran dari agensi2 kerajaan dan swasta

 Kaunter perkhidmatan perbankan

 Gerai jualan

Taklimat Koperasi Kariah Masjid

Pegawai Masjid Bintulu Yang Menunaikan Fardhu Haji 2015

Alhamdulillah. Seramai 8 orang Pegawai Masjid Bahagian Bintulu terpilih menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah pada tahun ini. Mudah-mudahan mereka selamat pergi dan kembali dan mendapat haji yang mabrur.



MASJID-MASJID BAHAGIAN BINTULU


DAERAH BINTULU



1. MASJID ASSYAKIRIN

YUSOFF BIN HJ. SEBLI

013-8494417

086-254760 


2. MASJID DAERAH BINTULU

HJ.RAZALI BIN ABD.HAMID

019-2062023



3. MASJID KAMPUNG JEPAK

SAUNI BIN SIBI

019-8657073



4. MASJID DARUL HIDAYAH, MLNG HOUSING KIDURONG

TN. HJ. YAKOB BIN JUNIT

019-8147962



5. MASJID DARUL FALAH, KG. PENAN MUSLIM BATU 10

ABU AMIN BIN ROSLI

014-8913526@ 086-331117



6. MASJID AL MUTTAQIN, KPG. SG. PLAN LOT

HJ ALI BIN MAHAMAD

013-8095362



7. MASJID  AL-MUSTAQIM, RPR KIDURONG

MASRUN

012-8070474



8. MASJID AL TAQWA, RPR SEBIEW

HJ ABG ARSHAD ABG ANUAR

012-8051052




DAERAH KECIL SEBAUH



1.MASJID AR-RAHMAN DAERAH  KECIL SEBAUH

MAHMUD FAUZI BIN IBRAHIM


2.MASJID DARUL IMAN, KAMPUNG PANDAN

HJ SULAIMAN BIN RUSAN

019-8746898@ 086-422111

(PEJ.DAERAH SEBAUH) 
                           



3.MASJID DARUL MUTTAQIN  KAMPUNG HILIR LABANG

KK MICHI BIN LAU




DAERAH TATAU

1. MASJID DARUL IBADAH, TATAU
TN. HJ. HARIS SISEK
019-8843686

2. MASJID AL AMIN, KPG KUALA TATAU
TN. HJ. SAHARI MAN 
019-8856795










Isnin, 14 September 2015

Program Dekatkan Umat Islam Dengan Masjid




Pelbagai program dilaksana dekatkan remaja, masyarakat dengan masjid, surau
Oleh Abang Ismail Abang Su’ud
BINTULU: Pelbagai program dilaksanakan bagi mendekatkan remaja dan masyarakat Islam di bahagian Bintulu dengan masjid dan surau.
Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Bintulu Syed Harold Salleh Wan Mohammad berkata, penganjuran pelbagai program penting untuk mengimarah dan memupuk remaja Islam mendekati rumah ibadah.
Katanya masjid dan surau bukan sekadar tempat solat sehari semalam tetapi mampu dijadikan tempat penganjuran aktiviti kemasyarakatan.
“Harapan Majlis Islam Sarawak (MIS) adalah memasyarakatkan masjid dan surau di bahagian ini,” katanya yang juga pengerusi Program Lan Berambeh sempena Program Inovasi JAIS Berpusatkan Masjid 2015 di Masjid As-Syakirin Bintulu, kelmarin.
Beliau berkata program dimulakan sejak 2012 itu mendapat sambutan menggalakkan dan memberi kesan baik kepada masyarakat Islam sekali gus merancang meneruskan aktiviti itu pada masa akan datang.
Menurutnya, sebanyak 11 program inovasi diadakan JAIS dilaksana dan akan diadakan tahun ini selain Lan Riadah ialah Rakan Pegawai JAIS, Program Amar Makruf Nahi Mungkar atau mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, Bengkel Cinta Al-Quran dan sebagainya.
“Program ini merupakan sebahagian program dakwah yang turut memupuk kecergasan dan kecerdasan fizikal, akal, rohani serta usaha mendekatkan remaja Islam dengan Islam,” katanya.
Selain itu, ia juga untuk memperkasa peranan institusi masjid sebagai ejen pembangunan ummah, memberi kesedaran kepada masyarakat Islam mendekati masjid dan surau, memupuk cinta ibadah dalam ahli keluarga dan masyarakat serta mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat Islam.
Katanya pelbagai permainan yang dianjurkan mendapat sambutan menggalakkan apabila pertandingan batu seremban disertai 22 peserta, congkak (36), catur (30), dart (32 orang untuk 16 pasukan), karom (64 orang, 32 pasukan) dan street soccer (192 orang, 32 pasukan) dengan keseluruhan 376 peserta.
Selain itu, turut diselitkan beberapa aktiviti seperti gerai jualan ‘car boot sale’, klinik memanah dan pameran.
Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Masjid As-Syakirin Abang Arshad Abang Anuar berkata program itu menggalakkan remaja dan belia Islam serta masyarakat Islam lebih kerap datang ke masjid dan surau untuk menyempurnakan ibadah terutama solat.
“Ia juga memupuk pergaulan lebih baik remaja Islam melalui sukan dan permainan yang dianjurkan,” ujarnya yang  mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid As-Syakirin merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) Datu Mohidin Ishak.
Turut hadir Mudir Madrasah Al-Quran Kampung Baru yang juga pendakwah bebas, Ali Fathullah Harun dan Pegawai Pentadbiran Masjid As-Syakirin Yusuf Sebli serta Imam Masjid As-Syakirin Aminuddin Annas.
Dalam pertandingan street soccer pasukan Al-Mustaqim L muncul juara, naib juara At-Taqwa C, ketiga Al-Mustaqim dan keempat Kidurong ST A.
Dalam pertandingan dart, At-Taqwa B muncul juara, naib juara disandang Darul Syakirin A, ketiga At-Taqwa A dan keempat IKM.
Manakala johan pertandingan karom ialah ITB Bintulu, diikuti Kidurong sebagai naib johan, ketiga White Dragon dan keempat Supreme.
Johan pertandingan catur pula ialah Mohd Khairul Nizam Osman, naib johan Jamhari Mohamat, ketiga Nathaniel Maikol dan keempat Abu Bakar Man.
Johan pertandingan congkak ialah Nur Haziah Ismail, naib johan Mohd Irfan Basri, ketiga Nazatul Afiqah dan keempat Izzatul Nurfarhana.
Bagi pertandingan batu seremban, johan disandang Sharifah Nurhikmah Wan Ala, naib johan Nurfitri Muhd Hudari, ketiga Paziah Pauzi dan keempat Nurzahra Abdullah.

Pelancaran Masjid Mukim Bintulu

Masjid mukim tingkat pengurusan, pentadbiran masjid, umat Islam


BINTULU: Pengwujudan masjid mukim merupakan usaha penting untuk meningkatkan keberkesanan tahap pengurusan dan pentadbiran hal ehwal masjid dan masyarakat Islam setempat.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, melalui konsep masjid mukim maka hal ehwal sosial, pendidikan serta permasalahan umat Islam akan dapat ditangani dengan sebaiknya sekali gus dapat menyatukan umat Islam di negeri ini.
Beliau berkata keperluan-keperluan masyarakat Islam juga akan diberi perhatian melalui konsep ini dan masjid serta surau-surau dapat diurus dengan lebih berkesan.
“Kita mahu melalui konsep ini juga masjid mukim dapat melihat keperluan-keperluan masjid-masjid dan surau-surau di bawahnya serta mampu menggerakkan masjid dan surau lain agar aktif menganjur pelbagai aktiviti untuk masyarakat Islam setempat,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa melancarkan Masjid At-Taqwa Bintulu di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sebiew sebagai masjid mukim bagi mukim bandar Bintulu malam kelmarin.
Menurutnya, masjid mukim juga berfungsi membantu agar permasalahan dan keperluan masyarakat Islam di sekitar masjid dan surau mukim diberi perhatian oleh agensi-agensi Islam di negeri ini, antaranya oleh Jabatan Agama Islam Bahagian mahupun Tabung Baitulmal.
Katanya, terdapat 101 mukim dan 1,100 masjid dan surau di negeri ini yang mana antaranya akan dipilih sebagai masjid mukim secara berperingkat-peringkat.
Terdahulu,Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Bintulu Ustaz Syed Harold Salleh Wan Mohammad berkata, pelancaran masjid mukim itu merupakan usaha untuk meningkat keberkesanan tahap pengurusan dan pentadbiran hal ehwal masjid serta masyarakat Islam di bahagian Bintulu.