Selasa, 20 Oktober 2015

ZIARAH KE MASJID KAMPUNG LABANG, SEBAUH. BINTULU


Bersempena dengan Program Siri Ceramah Sempena Maal Hijrah 1437H/2016M Peringkat Bahagian Bintulu pada tahun ini, satu program ziarah telah dianjurkan ke Masjid Darul Muttaqin, Kampung Labang, Bintulu pada 19 Oktober 2015. Masjid yang terletak dalam Daerah Sebauh (sebelum ini dikenali Daerah Kecil Sebauh) jaraknya lebih kurang 80KM dari bandar Bintulu dengan menggunakan jalan darat. Seramai 4 orang anggota dari Jabatan Agama Islam Sarawak Bintulu iaitu Ustaz Ibrahim bin Saili, Ustaz Nornikman bin Surihi, Ustaz Mohamad Muhaimin dan Ustaz Azhar bin Hipni terlibat dalam program tersebut. Majlis yang dimulakan dengan solat maghrib berjemaah turut diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar bin Hipni, Pegawai Naqib dari Jabatan Agama Islam Sarawak Bintulu. Ketua Kaum Tn Hj. Morshidi bin Tali yang hadir dalam majlis tersebut turut menyampaikan perutusan tahun baru hijrah kepada penduduk kampung. Majlis berakhir sekitar pukul 8.30 malam.



   

BERSAMA MUFTI


Pada 18 Oktober 2015 telah diadakan program Bersama Mufti bertempat di Masjid At Taqwa, RPR Sibiew, Bintulu. Majlis yang dianjurkan oleh pihak JKI MLNG, Bintulu dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid At Taqwa, RPR Sibiew, Bintulu telah menjemput Sahibus Samahah Datu Hj Kipli bin Hj. Yasin, Mufti Kerajaan Negeri Sarawak. Dalam majlis tersebut masyarakat sekitar Bintulu khususnya kawasan RPR Sibiew, Bintulu berpeluang berinteraksi secara langsung dengan bertanya soalan kepada Datu Mufti. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Berbahagia, Ustaz Syed Harold Salleh bin Wan Mohammad, Pegawai Agama Islam Bahagian Bintulu, Tn. Hj. Saiful Anuar Bin Jol, Pengerusi JKI MLNG, Bintulu, Tn. Hj. Abg Arshad Bin Abg Anuar, Pengerusi JKP Masjid At Taqwa, RPR Sibiew, Bintulu serta Ketua-ketua masyarakat. Majlis tersebut berakhir pada pukul 9 malam.


Isnin, 12 Oktober 2015

PROFIL 13 : MASJID AT TAQWA, RPR SIBIEW, BINTULU

PROFIL 12 : MASJID AL MUSTAQIM, RPR KIDURONG, BINTULU

PROFIL 11 : MASJID AL MUTTAQIN, KPG. SG. PLAN LOT, TANJUNG KIDURONG. BINTULU

PROFIL 10 : MASJID AL AMIN, KUALA TATAU

 


Sejarah awal penubuhan Masjid Al-Amin, Kuala Tatau bermula pada lewat tahun 1980-an. Walaupun masih dianggap baru tetapi masjid ini mempunyai nilai yang tersendiri di kalangan penduduk kampung di Kuala Tatau sendiri. Masjid ini dibina hasil sumbangan Kerajaan Negeri  Sarawak yang disalurkan melalui Pejabat Daerah Tatau. Kemudiannya, peruntukan tersebut diberikan kepada masyarakat kampung untuk membina masjid secara gotong- royong.
            Kuala Tatau terletak di dalam Daerah Tatau dan terkenal dengan aktiviti penangkapan ikan. Kuala Tatau yang terletak 50 kilometer daripada Bandar Bintulu dan dihubungkan dengan jalan yang baru dibina iaitu “Costal Highway”. Manakala jarak ke Pekan Tatau daripada Kuala Tatau adalah 80 kilometer tidak menghalang pembangunan di perkampungan nelayan ini.
            Perkampungan Kuala Tatau ini di bahagi kepada tiga kampung iaitu Kampung Haji Ismail, Kampung Hilir dan Kampung Seberang. Setiap kampung ini mempunyai surau akan tetapi Masjid Al-Amin yang terletak di Kampung Haji Ismail tetap menjadi tumpuan untuk solat Jumaat dan aktiviti-aktiviti lain.
            Manakala di Kampung Hilir terdapat sebuah surau yang hanya dua kilometer daripada Masjid Al-Amin dinamakan Surau Darut Taqwa dan Kampung Seberang pula Surau Nurul Iman yang terletak di seberang sungai dan memerlukan bot untuk ke Masjid Al-Amin.
Stuktur Masjid Al-Amin  yang mempunyai dua tingkat menjadi tumpuan agensi kerajaan dan masyarakat untuk mengadakan aktiviti dan program pembangunan modal insan. Tingkat pertama masjid ini digunakan untuk solat berjemaah manakala tingkat bawahnya digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan. Pada tahun 2006 Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Tatau telah diadakan di masjid ini.
            Pihak jawatankuasa pengurusan aktif menganjurkan programprogram seperti Majlis Khatam al-Quran, ceramah sempena Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Nuzul Al-Quran dan juga Tahli Tahunan merupakan acara yang sering diadakan setiap tahun.