Isnin, 12 Oktober 2015

PROFIL 10 : MASJID AL AMIN, KUALA TATAU

 


Sejarah awal penubuhan Masjid Al-Amin, Kuala Tatau bermula pada lewat tahun 1980-an. Walaupun masih dianggap baru tetapi masjid ini mempunyai nilai yang tersendiri di kalangan penduduk kampung di Kuala Tatau sendiri. Masjid ini dibina hasil sumbangan Kerajaan Negeri  Sarawak yang disalurkan melalui Pejabat Daerah Tatau. Kemudiannya, peruntukan tersebut diberikan kepada masyarakat kampung untuk membina masjid secara gotong- royong.
            Kuala Tatau terletak di dalam Daerah Tatau dan terkenal dengan aktiviti penangkapan ikan. Kuala Tatau yang terletak 50 kilometer daripada Bandar Bintulu dan dihubungkan dengan jalan yang baru dibina iaitu “Costal Highway”. Manakala jarak ke Pekan Tatau daripada Kuala Tatau adalah 80 kilometer tidak menghalang pembangunan di perkampungan nelayan ini.
            Perkampungan Kuala Tatau ini di bahagi kepada tiga kampung iaitu Kampung Haji Ismail, Kampung Hilir dan Kampung Seberang. Setiap kampung ini mempunyai surau akan tetapi Masjid Al-Amin yang terletak di Kampung Haji Ismail tetap menjadi tumpuan untuk solat Jumaat dan aktiviti-aktiviti lain.
            Manakala di Kampung Hilir terdapat sebuah surau yang hanya dua kilometer daripada Masjid Al-Amin dinamakan Surau Darut Taqwa dan Kampung Seberang pula Surau Nurul Iman yang terletak di seberang sungai dan memerlukan bot untuk ke Masjid Al-Amin.
Stuktur Masjid Al-Amin  yang mempunyai dua tingkat menjadi tumpuan agensi kerajaan dan masyarakat untuk mengadakan aktiviti dan program pembangunan modal insan. Tingkat pertama masjid ini digunakan untuk solat berjemaah manakala tingkat bawahnya digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan. Pada tahun 2006 Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Tatau telah diadakan di masjid ini.
            Pihak jawatankuasa pengurusan aktif menganjurkan programprogram seperti Majlis Khatam al-Quran, ceramah sempena Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Nuzul Al-Quran dan juga Tahli Tahunan merupakan acara yang sering diadakan setiap tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan