Isnin, 12 Oktober 2015

PROFIL 4 : MASJID AR RAHMAN, DAERAH KECIL SEBAUH



 Masjid Ar-Rahman, Daerah Kecil Sebauh merupakan masjid yang pertama dibina di Daerah Kecil Sebauh dan satu-satunya tempat beribadat bagi masyarakat Islam di sini. Masjid Ar-Rahman ini terletak di tepi Sungai Sebauh dan di tengah-tengah Kampung Melayu Sebauh.

                    Pada tahun 1940-an, masjid ini hanya boleh memuatkan 30 hingga 40 jemaah sahaja. Pembesaran masjid ini dibuat secara gotong-royong oleh penduduk kampung sekitar tahun 1956 dan mampu memuatkan seramai 300 jemaah. Usaha baikpulih juga giat dijalankan untuk memastikan masjid ini berfungsi dengan baik. Walaupun masalah banjir sering berlaku disini masjid ini masih digunakan oleh penduduk kampung.

Daerah Kecil Sebauh yang terletak 50 kilometer daripada Bandar Bintulu dan dihubungkan dengan jalan raya tidak ketinggalan menerima arus pembangunan daripada pihak kerajaan. Ini terbukti dengan adanya kemudahan asas seperti elektrik, air, pejabat pentadbiran kerajaan dan pelbagai lagi membuktikan keperihatinan pihak kerajaan di dalam membela nasib rakyat di kawasan luar bandar.

            Selain itu, Daerah Kecil Sebauh juga menjadi tumpuan pekerja tempatan dan asing mencari rezeki.Ini kerana banyaknya kilang-kilang kayu yang masih beroperasi di tebing Sungai Sebauh. Daerah Kecil Sebauh juga masih kaya dengan hasil hutannya yang dipenuhi oleh kayu balak. Selain itu, perlaburan pihak Lembaga Tabung Haji di dalam sektor perladangan khususnya kelapa sawit telah membuka banyak peluang pekerjaan di sini.

            Tidak dapat dinafikan, usia masjid ini yang telah menjangkau puluhan tahun menyebabkan cabaran persekitaran yang perlu ditangani oleh pihak kerajaan bersama-sama dengan penduduk kampung. Ini kerana hakisan yang dialami di tebing sungai menyebabkan ianya semakin dekat dengan kedudukan masjid. Ini kerana pergerakkan gelombang sungai yang disebabkan oleh tongkang-tongkang dan kapal-kapal besar menyebabkan hakisan semakin terjadi.

Usaha yang berterusan oleh penduduk kampung untuk memohon tapak tanah masjid yang baru juga giat diusahakan. Di samping itu, program-program dan  aktiviti tidak pengimarahan masjid juga tidak ketinggalan diadakan di sini seperti kursus-kursus, pra-perkahwinan, khemah ibadah, bengkel pengurusan jenazah, ceramah sempena hari kebesaran Islam dan lain-lain lagi sentiasa diadakan dari tahun ke tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan