Masjid
Assyakirin mempunyai reka bentuk yang unik dan senibina yang halus. Ditambah
dengan kubah yang indah berwarna biru laut dan berkonsepkan “open air”
menarik minat pengunjung dari luar Bintulu untuk melawatnya. Masjid ini
terletak 3 km dari pusat bandar dan bersebelahan dengan Kampung Assyakirin
sudah pasti masjid ini menjadi kebanggaan penduduk Bintulu.
Tidak ramai yang tahu reka bentuk
masjid ini adalah atas ilham Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri
Sarawak. Tidak terkelaluan dikatakan bahawa masjid ini adalah masjid yang
pertama di reka bentuk dengan keadaan yang terbuka berbanding dengan
masjid-masjid yang lain.
Masjid
Assyakirin dirasmikan sendiri oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul
Taib Mahmud sekitar tahun 1987 dan menjadi Masjid Bahagian yang pertama di
Bintulu.
Selain
daripada kuliah Subuh dan Maghrib yang dianjurkan terdapat juga program-program
yang berunsurkan motivasi kepada para remaja dan program peningkatan kefahaman
tentang Islam bagi golongan dewasa. Di antara
program-program tersebut adalah Kelab remaja Masjid Assyakirin (KERMA),
Kursus Pengajian Islam, Kelas Belajar Malam, Kursus Motivasi Pelajar Islam dan
lain-lain lagi.
Manakala bagi golongan dewasa di
antara program yang dianjurkan adalah Kursus Keluarga Bahagia, Kursus
Perancangan Ekonomi Keluarga, Kursus Bestari Solat dan lain-lain lagi.Ini menunjukan satu perubahan
daripada segi pengurusan yang berkaitan dengan kehendak membangunkan modal
insan.
Ahli Jawatankuasa Pengurusan masjid ini secara
langsung diurus oleh pihak Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu.(LAKIB).
Untuk pengetahuan, di Bintulu (LAKIB) merupakan satu-satunya Lembaga Amanah yang
ditubuhkan untuk tujuan kebajikan orang-orang Islam di Bintulu.
Dengan adanya ahli-ahli yang terdiri daripada
golongan yang berpengalaman dari pelbagai bidang, usaha untuk menjadikan Masjid
Assyakirin ini sebagai tempat tumpuan ramai akan menjadi kenyataan.
Selain itu, kerjasama pelbagai pihak khususnya
daripada agensi kerajaan seperti Pejabat Residen, Pejabat Daerah, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) ,Pejabat Agama
Islam Bahagian serta yang lain dapat meningkatkan lagi fungsi masjid
ini untuk masyarakat.
Sumber : PROFIL MASJID-MASJID NEGERI SARAWAK EDISI 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan