Selasa, 20 Oktober 2015

ZIARAH KE MASJID KAMPUNG LABANG, SEBAUH. BINTULU


Bersempena dengan Program Siri Ceramah Sempena Maal Hijrah 1437H/2016M Peringkat Bahagian Bintulu pada tahun ini, satu program ziarah telah dianjurkan ke Masjid Darul Muttaqin, Kampung Labang, Bintulu pada 19 Oktober 2015. Masjid yang terletak dalam Daerah Sebauh (sebelum ini dikenali Daerah Kecil Sebauh) jaraknya lebih kurang 80KM dari bandar Bintulu dengan menggunakan jalan darat. Seramai 4 orang anggota dari Jabatan Agama Islam Sarawak Bintulu iaitu Ustaz Ibrahim bin Saili, Ustaz Nornikman bin Surihi, Ustaz Mohamad Muhaimin dan Ustaz Azhar bin Hipni terlibat dalam program tersebut. Majlis yang dimulakan dengan solat maghrib berjemaah turut diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar bin Hipni, Pegawai Naqib dari Jabatan Agama Islam Sarawak Bintulu. Ketua Kaum Tn Hj. Morshidi bin Tali yang hadir dalam majlis tersebut turut menyampaikan perutusan tahun baru hijrah kepada penduduk kampung. Majlis berakhir sekitar pukul 8.30 malam.



   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan