Isnin, 12 Oktober 2015

PROFIL 9 : MASJID DARUL FALAH, KAMPUNG PENAN MUSLIM, BT 10. JALAN BINTULU-MIRI. BINTULU

 

Sejarah unik perkampungan orang-orang Penan di Bintulu telah membuka lembaran baru dalam perkembangan dakwah Islamiah di Negeri Sarawak. Hasil daripada kesungguhan untuk berubah serta membela nasib komuniti ini maka sebuah perkampungan telah dibuka. Ia membuktikan bahawa mereka mampu berjalan seiringan dengan bangsa-bangsa yang lain di Negeri Sarawak.
            Dalam usaha membuka sebuah perkampungan bagi komuniti Penan yang pertama di Bintulu sebuah tempat ibadah tidak pernah dilupakan untuk kemudahan mereka. Ini terbukti dengan terbinanya sebuah surau yang pada mulanya dinamakan Surau Darul Falah, Kampung Penan Muslim Batu 10.
 
Bermula dari detik inilah usaha mendidik serta mendedahkan komuniti Penan dengan ajaran Islam yang sebenarnya telah dilakukan. Bantuan pengajaran dan pembelajaran telah berjaya mendedahkan komuniti dengan dengan perkembangan arus semasa. Tidak hairanlah hasil kerjasama yang bersepadu daripada pelbagai pihak terutamanya agensi kerajaan, swasta serta NGO banyak membawa perubahan kepada landskap dakwah di perkampungan ini. Pembinan tempat ibadah khususnya masjid daripada kayu kepada konkrit membuktikan perkembangan fizikal dan rohani bergerak seiring.
            Sejarah pembinaan Masjid Darul Falah, Kampung Penan Muslim ini bermula dengan pembukaan Kampung Penan Muslim Batu 10. Pada lewat tahun 1980-an, masjid yang berdindingkan kayu diganti dengan dinding konkrit. Kemudiannya surau tersebut dinaiktaraf menjadi Masjid Darul Falah, Kampung Penan Muslim, Batu 10 pada 14 Jamadilawal 1429 H bersamaan dengan  20 Mei 2008.  
 

1 ulasan:

  1. mohon share kandungan bagi kegunaan pihak JKP masjid Darul falah

    BalasPadam