Kampung Jepak terletak di seberang Bandar
Bintulu dan hanya dipisahkan oleh Sungai Kemena. Perjalanan menggunakan jalan
darat mengambil masa 20 minit. Walau bagaimanapun, perjalanan dari Bandar
Bintulu ke Kampung Jepak menggunakan feri hanya memakan masa selama lima minit
sahaja.
Terdapat
empat buah surau dan sebuah masjid di Kampung Jepak secara umunya. Hanya Masjid
Kampung Jepak sahaja yang mendirikan solat Jumaat dan berada di bawah Skim
Perkhidmatan Pegawai Masjid.
Menyentuh tentang Masjid Kampung Jepak, ia
merupakan tumpuan orang ramai seperti penduduk kampung, pekerja-pekerja di
agensi kerajaaan, pihak polis, pihak kastam dan pekerja-pekerja kilang.
Masjid Kampung Jepak yang ada sekarang
merupakan masjid yang baru dan siap dibina sekitar tahun 1990-an. Dinding
masjid ini kebanyakkannya menggunakan cermin
dan boleh memuatkan jemaah
seramai 300 hingga 400 orang. Walau bagaimana pun, akibat pertumbuhan penduduk
yang begitu pesat masjid ini tidak mampu menampung jumlah jemaah yang semakin
ramai khususnya ketika solat Hari Raya Aidil Fitri dan solat Aidil Adha.
Bangunan lama Masjid Kampung Jepak yang
terletak di belakang masjid baru
dimanafaatkan oleh penduduk untuk kegunaan tadika di aras bawah dan tingkat
atasnya pula digunakan untuk tujuan kursus bagi para wanita di Kampung Jepak.
Selain itu, untuk menangani masalah sosial dan menarik golongan belia, pihak pengurusan membuka ruang yang luas
untuk golongan ini beriadah pada sebelah petangnya.
Ini
terbukti dengan pelbagai sukan yang dilakukan di perkarangan masjid seperti
bola sepak dan sepak takraw. Pengisian kerohanian juga amat dititik beratkan
oleh pihak pengurusan. Ini dapat dilihat dengan adanya kelas-kelas agama
(fardhu Ain dan fardhu Kifayah). Kelas ini diadakan hampir setiap hari untuk
memastikan masjid ini sentiasa diimarahkan. Selain itu, aktiviti hadrah,
berzanji dan berzikir juga turut diadakan di masjid ini bagi memastikan
aktiviti-aktiviti tersebut tidak pupus ditelan zaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan