Sejarah awal penubuhan Masjid Darul Hidayah,
MLNG Housing Kidurong adalah berkait rapat dengan perkembangan dan kemajuan
Bandar Bintulu.
Perumahan
di sekitar masjid ini rata-ratanya didiami oleh pekerja yang bertugas dengan
syarikat carigali tempatan iaitu Petronas. Oleh yang demikian, masjid ini
menjadi tumpuan masyarakat di sekitarnya. Di tambah dengan lokasi masjid yang
terletak di tengah-tengah kawasan perumahan ia menjadi pusat ibadah penduduk
Islam di Kidurong.
Pembinaan
Masjid Darul Hidayah ini bermula dengan kebenaran pembinaannya oleh Majlis
Oslam Sarawak atas nama Surau Darul Hidayah Lot 799 Jalan Abang Tek, Kidurong
pada tahun 1998. Akan tetapi pembinaan sebenar masjid ini bermula sekitar awal
tahun 1990-an. Sebelum kebenaran Solat Jumaat diberikan. Kebanyakkan daripada
masyarakat di Kidurong menunaikan solat Jumaat di Masjid Assyakirin yang terletak
8 kilometer dari kawasan perumahan ini.
Menyedari
kesukaran yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Kidurong ini, pihak pengurusan
surau ketika itu berusaha surau memohon kebenaran untuk mendirikan Solat
Jumaat. Maka pada 25 September 1997 masjid ini yang ketika itu berstatus surau
diberikan kebenaran untuk mendirikan Jumaat. Perkara ini secara langsung
memberikan kemudahan kepada masyarakat di sekitarnya.
Masjid Darul Hidayah secara rasminya
dinaiktaraf menjadi masjid pada 11 April 2005. Masjid ini boleh menampung 400
jemaah. Usaha pembesaran masjid ini giat dirancang untuk mencapai ke arah
matlamat yang dikehendaki oleh masyarakat.
Kemudahan
tempat solat yang selesa dilengkapi dengan kipas dan alat penghawa dingin juga
menjadikan keutamaan pihak pengurusan masjid. Selain dilengkapi dengan dua
bilik kuliah untuk kegunaan kelas fardhu Ain dan fardhu Kifayah. Masjid ini
juga mempunyai stor, dapur dan tandas yang amat selesa untuk kegunaan jemaah.
Dengan adanya Dua blok rumah kediaman untuk pegawai masjid yang siap dibina
sawal tahun 2007 menjadikan masjid ini serba lengkap untuk pengunjung dan pihak
pengurusan sendiri.
Masjid ini aktif menganjurkan pelbagai aktiviti
dan program untuk memberikan nilai tambah kepada masyarakat khusus anak-anak muda
di dalam menghadapi cabaran yang semakin besar. Di antara program yang sentiasa
dijalankan adalah kuliah agama di antara Maghrib dan Isyak, kuliah Subuh dan
ceramah daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Pihak pengurusan yang aktif di dalam menyertai
perarakkan Maulidur Rasul juga bukti komitmen tahunan untuk sama-sama
memberikan sokongan terhadap aktiviti-akviti Islam yang di anjurkan di Bandar
Bintulu. Penyertaan Masjid Darul Hidayah juga di dalam anugerah pencalonan
masjid contoh bagi perayaan Maal Hijrah juga dipuji dan patut dijadikan ikutan
di setiap masjid dan surau di Bahagian Bintulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan